Sunday, 1 January 2012

Pakcik Depan Sogo.

kesimpulan dari cerita ini :

sedangkan orang yang susah dan hidup merempat tetap mempunyai maruah diri.
tetap berpegang kepada pegangan agama dan pegangan hidup.
martabat diri tetap diutamakan.
walaupun ramai orang yang menghulurkan tangan untuk memberi bantuan.
tetapi kesemuanya tidak dihiraukan Pakcik ini.
kerana Pakcik ini tahu yang mereka membantu dek kerana niat yang lain,dan bukan dengan hati yang ikhlas.
pemikiran Pakcik ini mengagumkan aku!dan juga ramai orang!
walaupun hidup sebatang kara dan dalam dunia sendiri.
Pakcik ini tetap mengetahui tentang apa yang terjadi.
salah seorang ahli pemikir yang tidak diiktiraf.

aku tahu fenomena ini sudah lama.
tapi tiap kali aku melihat video Pakcik ini.
cara pemikiran dan cara percakapan Pakcik ini,personaliti Pakcik ini.
membuat aku terpikir.
kenapa ramai yang masih ingin bertengkar dan bergaduh sesama sendiri?
bertekak dan tetap ingin menegakkan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri.

rakyat Malaysia yang semakin buta dengan kekuasaan!
rakyat Malaysia yang semakin taksub dengan kekuasaaan!
sedarlah bahawa negara Malaysia ini negara kita.
jangan disebabkan sesuatu yang bodoh yang adanya campur tangan pihak lain,
yang menawarkan pelbagai kedudukan dan harta.
kita jadi buta!