Saturday 19 November 2011

Tersurat dan Tersirat.

kau berjalan-jalan keseorangan di pameran lukisan.
tidak menghiraukan segala yang terjadi di sekeliling kau.
kau dalam dunia kau sendiri.
dan tiba-tiba kau bertemu dengan dia.
dia memberi senyuman kepada kau dan kau membalas senyuman dia.
dari situ kau mula mengenali diri dia,saling bertukar nombor telefon dan sentiasa menghubungi antara satu sama lain.
berkongsi hobi yang sama,sentiasa bertukar idea tentang sesebuah lukisan dan sentiasa ke pameran lukisan bersama.
semakin hari kau semakin rapat dengan dia.
kau mula merasakan yang perhubungan yang kau jalin dengan dia itu bukanlah satu perhubungan kawan yang biasa.
kau mula meletakkan harapan dan menyangka dia juga akan merasakan perkara yang sama.
hari yang bersejarah,hari yang pasti kau ingat sampai bila-bila,hari seperti berlakunya pertumpahan darah 13 Mei telah tiba.
kau meluahkan segala yang terbuku dalam hati kau kepada dia.
dia hanya mampu tersenyum dan membalas,
"Kau memang kawan baik aku dunia akhirat!"

:")

Monday 14 November 2011

Usia.

semakin lama semakin tua,semakin lama semakin meningkat usia.
tetapi adakah semakin tua mereka,semakin matang pemikiran mereka?
ramai yang melihat orang yang lebih tua daripada mereka itu adalah orang yang lebih matang,
lebih berpengalaman.bak kata orang tua "Aku makan garam lebih lama dari kau!"

tetapi usia ini hanyalah sekadar angka semata-mata.
yang menentukan seseorang itu lebih matang atau tidak ialah pemikiran mereka.
pemikiran yang terbuka disebabkan pengalaman manis dan pahit yang mereka rasai terlebih dahulu.

pemikiran seorang remaja boleh menjadi lebih matang jika pengalaman yang ditempuhnya pelbagai jika dibandingkan dengan seorang yang lebih tua tanpa pengalaman pahit dan manis.

janganlah memandang orang yang lebih tua itu lebih matang daripada kita.
atau mereka lagi fasih dalam kehidupan daripada kita.
akan tetapi konsep hormat-menghormati harus tetap ada antara yang muda dan yang tua.