Friday 30 December 2011

Ego (versi |)

"ya memang aku ego!aku takkan tunjuk kat orang lain siapa diri aku sebenar!"


Penipuan.

kau hidup dengan penuh penipuan!
orang sekeliling kau menipu!
mereka menipu dengan kau!
kau menipu diri sendiri!

saban hari kau bergelumang dengan penipuan!
penipuan peneman kau tidur di malam hari!
dan penipuan jugalah menemani kau sepanjang hari!

cuba fikirkan sejenak kenapa dan mengapa penipuan ini berlaku.
kadang-kadang penipuan ini bagus dalam menutup sesuatu yang hakiki.
tetapi kadang-kadang tidak salah jika yang hakiki itu diketahui orang lain.

Thursday 29 December 2011

Tetap Sama.

kenapa kau tetap sama?
kenapa kau tak berubah?

selepas semua yang terjadi.
tidak cukupkah penderitaan yang kau bagi pada dia?
segala pengorbanan yang telah dia lakukan untuk kau.
kau TETAP SAMA!

mungkin perpisahan dan putusnya hubungan kawan antara kau dan dia tidak cukup bagi kau.
tidak cukup untuk kau membuka mata dan hati untuk menerima dia kembali.

saban hari dia tetap bercakap tentang kau.
saban hari dia tetap terkenangkan kau.
saban hari dia semakin sayangkan kau.
tapi kau?

aku sebagai seorang kawan hanya mampu memberi simpati dan menyokong dia walaupun sokongan itu tidak memadai baginya.
aku tahu kerna aku mengenali dia.
dan kau patut lebih mengetahuinya kerna kau lebih mengenali dia!

kepada semua yang membaca,
hargailah sesuatu hubungan dan seseorang itu.
jangan pernah leka dan ingat!setiap orang ada perasaan.

janganlah kita jadi manusia yang berfikiran cetek.
mula menghargai seseorang selepas mereka tiada.
seperti penghargaan yang diberikan kepada arwah P.Ramlee dan Sudirman.

renungkan dan ambil iktibar.

Sunday 18 December 2011

Bayangan.

manusia.
suka berselindung.
berselindung disebalik bayangan.
bayangan yang disangkakan dapat menutup diri yang sebenar.

tetapi tidak.
bayangan hanya menutup sesuatu yang tersurat.
yang tersurat tetap mendedahkan yang tersirat itu.

Monday 12 December 2011

Manusia.

pelbagai rupa.pelbagai ragam.dan pelbagai perangai.
setiap manusia mempunyai perwatakan yang berbeza.
jangan nilai seseorang itu dari perwatakan yang kita nampak.
nilai mereka daripada cara mereka berinteraksi dengan kita.

sesuatu untuk dikongsi bersama.

Sunday 4 December 2011

Persahabatan.

Satu ikatan yang indah.
Kau gembira bersama mereka,kau bersedih bersama mereka.
Kau menolong dikala mereka dalam kesusahan,kau ditolong dikala kau dalam kesusahan.
Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kau.
Mereka sanggup korbankan masa dan harta yang kau sayang demi kegembiraan kau.
Hargailah persahabatan yang terjalin.
Kerana ketika susah dan senang,kau tetap ada mereka.

Terima kasih sahabt :")

Sunday 27 November 2011

Pandangan.

pantulan cahaya daripada objek memantul ke bebola mata,
satu imej dan satu gambaran terbentuk dalam otak hati,
otak menginterpretasi dan menghasilkan idea,
tentang apa yang terjadi dan tentang apa yang tersembunyi.

Wednesday 23 November 2011

Maaf.

aku minta maaf!
setiap kali kita melakukan kesalahan,sudah tentu kita akan meminta maaf.
jangan sesekali meminta maaf kerna melakukan kesalahan yang sama.
kerna bagi kau maaf itu tidak bermakna.

Tuesday 22 November 2011

Salah.

jangan cari salah orang sebelum kau tahu cerita sebenar!!
jangan cuba menyalahkan orang lain sebelum kau tahu cerita sebenar!!

semua orang ada alasan tersendiri dan sama juga dengan kau.
jangan samakan diri sendiri dengan orang lain kerna Allah menciptakan setiap manusia dengan berlainan perwatakan dan personaliti.

baca dan ambil sebagai iktibar!

Saturday 19 November 2011

Tersurat dan Tersirat.

kau berjalan-jalan keseorangan di pameran lukisan.
tidak menghiraukan segala yang terjadi di sekeliling kau.
kau dalam dunia kau sendiri.
dan tiba-tiba kau bertemu dengan dia.
dia memberi senyuman kepada kau dan kau membalas senyuman dia.
dari situ kau mula mengenali diri dia,saling bertukar nombor telefon dan sentiasa menghubungi antara satu sama lain.
berkongsi hobi yang sama,sentiasa bertukar idea tentang sesebuah lukisan dan sentiasa ke pameran lukisan bersama.
semakin hari kau semakin rapat dengan dia.
kau mula merasakan yang perhubungan yang kau jalin dengan dia itu bukanlah satu perhubungan kawan yang biasa.
kau mula meletakkan harapan dan menyangka dia juga akan merasakan perkara yang sama.
hari yang bersejarah,hari yang pasti kau ingat sampai bila-bila,hari seperti berlakunya pertumpahan darah 13 Mei telah tiba.
kau meluahkan segala yang terbuku dalam hati kau kepada dia.
dia hanya mampu tersenyum dan membalas,
"Kau memang kawan baik aku dunia akhirat!"

:")

Monday 14 November 2011

Usia.

semakin lama semakin tua,semakin lama semakin meningkat usia.
tetapi adakah semakin tua mereka,semakin matang pemikiran mereka?
ramai yang melihat orang yang lebih tua daripada mereka itu adalah orang yang lebih matang,
lebih berpengalaman.bak kata orang tua "Aku makan garam lebih lama dari kau!"

tetapi usia ini hanyalah sekadar angka semata-mata.
yang menentukan seseorang itu lebih matang atau tidak ialah pemikiran mereka.
pemikiran yang terbuka disebabkan pengalaman manis dan pahit yang mereka rasai terlebih dahulu.

pemikiran seorang remaja boleh menjadi lebih matang jika pengalaman yang ditempuhnya pelbagai jika dibandingkan dengan seorang yang lebih tua tanpa pengalaman pahit dan manis.

janganlah memandang orang yang lebih tua itu lebih matang daripada kita.
atau mereka lagi fasih dalam kehidupan daripada kita.
akan tetapi konsep hormat-menghormati harus tetap ada antara yang muda dan yang tua.

Thursday 10 November 2011

Hitam Putih.

setiap kali aku melihat pakaian itu,aku tersenyum.
setiap kali aku memesan makanan itu,aku tersenyum.
setiap kali aku mendengar lagu itu,aku tersenyum.
dan setiap kali aku datang ke tempat itu,aku tersenyum.

satu senyuman yang hanya difahami oleh diri aku sendiri.
dan orang lain yang melihat senyuman itu akan berkata "Gila ke apa budak nie!"

setiap kali aku terkenangkan kau,ada kau terkenangkan aku!?
setiap kali aku cuba untuk berhubung dengan kau,ada kau cuba untuk berhubung dengan aku!?
setiap kali aku melihat kau dengan penuh kebahagiaan,ada kau melihat aku dengan penuh kebahagiaan!?
dan setiap kali aku terasa ingin peluk kau,ada kau terasa ingin peluk aku!?

satu perasaan yang telah merampas senyuman itu dari paras rupa aku.
dan mereka yang melihat berkata "Kesian budak nie..."

sia-sia aku menulis!
sia-sia aku terkenangkan kau!
sia-sia aku menyimpan memori bersama kau!
lebih baik aku menyepi dalam kelambu tidurku.








Wednesday 9 November 2011

Persoalan.

mengapa kau lagi hebat daripada aku?
mengapa kau lagi bertuah daripada aku?
mengapa kau dapat segala yang kau mahukan sedangkan aku tak dapat?
mengapa hidup kau lebih indah daripada hidup aku?
mengapa dan mengapa!!

hidup yang dijalani penuh dengan persoalan.
persoalan yang patut kita terus fikirkan adalah "Mengapa kita tidak berfikiran positif dan syukur dengan apa yang kita ada?"

Allah itu maha adil.
segala yang dilakukanNya ada baik dan buruknya.
sebaiknya kita harus sentiasa muhasabah diri bila ditimpa bala atau masalah.
cari jalan penyelesaian dengan sebaiknya.
segala yang terjadi ada hikmahnya.

Pertama Kali.

tidak pernah dilakukan dalam hidup dan mencubanya untuk merasai sesuatu yang baru.
itulah dinamakan Pertama Kali.

jangan takut dan jangan ragu-ragu.
semua yang bakal dirasai ada baik dan buruknya.
:D