Tuesday 17 January 2012

Ego (versi ||)

ok korang.kali nie entri aku informal sikit.
setakat sembang-sembang bodoh orang cakap.

korang rasa ego ini perlu ke dalam diri masing-masing?
mesti ramai yang cakap "Perlu!" dan mesti ramai jugak yang cakap "Bull shit lah!"
kalau korang cakap perlu.kenapa?
kalau korang cakap tak perlu.kenapa?
macam biasalah.hujani hidup korang dengan persoalan.
baru korang nampak dengan jelas semua benda dalam hidup korang.

bagi aku.
aku rasa ego ini memang perlu.
tapi jangan terlebih ego sudah.
nak tahu kenapa?

bila kita ego ini.kita dapat letakkan diri kita pada satu tahap yang tinggi daripada orang lain.
sama erti juga kita dapat lebih berhati-hati dengan diri kita.
sebagai contoh.kalau kita tak ego,senang-senang saja orang lain nak pijak kepala kita,nak buli kita.
tak sakit hati itu!

tapi pada masa yang sama jugak.jangan lah terlebih ego dengan orang lain.
karang tak memasal kita hilang satu perhubungan dengan orang lain.
dengan kawan ke,dengan cikgu kita ke.silap-silap dengan "secret admire" kita.
BAHAHAHAHA!
ego nie kalau dilebih-lebihkan jugak dapat sembunyikan personaliti dan sifat kita.
orang takkan dan susah untuk kenal diri kita yang sebenar.

jadi dipendekkan cerita.korang pandai-pandai lah fikirkan pasal ini.
dah tahap mana korang nak letak ego korang.

Sunday 15 January 2012

| Diri Aku |

"aku suka memberi ruang atau erti kata lain 'space' kepada orang disekeliling aku.walaupun orang itu adalah orang yang aku sayang/suka."

entri pendek dan ringkas.

Sunday 8 January 2012

Sebab.

"Aku kena basuh baju nie SEBAB aku dah takde baju nak pakai"
"Aku kena study weyh SEBAB nanti mampus aku time exam!"
"Aku sayang kau SEBAB kau sempurna dimata aku"
"Aku kena buat sesuatu nie SEBAB nanti dia gilakan aku!"

tak salah kan kalau kita hidup kita nie penuh dengan Sebab.
lagipon kita akan buat sesuatu tue bila kita ada Sebab.
kita takkan buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh kalau takde Sebab.
secara konklusinya,tak salah bagi aku kalau kau hidup dengan penuh Sebab.

kerna Sebab untuk kita hidup didunia adalah untuk berbakti kepada Allah s.w.t

Sekuntum Mawar Merah.


a little something for you.

Sunday 1 January 2012

Pakcik Depan Sogo.

kesimpulan dari cerita ini :

sedangkan orang yang susah dan hidup merempat tetap mempunyai maruah diri.
tetap berpegang kepada pegangan agama dan pegangan hidup.
martabat diri tetap diutamakan.
walaupun ramai orang yang menghulurkan tangan untuk memberi bantuan.
tetapi kesemuanya tidak dihiraukan Pakcik ini.
kerana Pakcik ini tahu yang mereka membantu dek kerana niat yang lain,dan bukan dengan hati yang ikhlas.
pemikiran Pakcik ini mengagumkan aku!dan juga ramai orang!
walaupun hidup sebatang kara dan dalam dunia sendiri.
Pakcik ini tetap mengetahui tentang apa yang terjadi.
salah seorang ahli pemikir yang tidak diiktiraf.

aku tahu fenomena ini sudah lama.
tapi tiap kali aku melihat video Pakcik ini.
cara pemikiran dan cara percakapan Pakcik ini,personaliti Pakcik ini.
membuat aku terpikir.
kenapa ramai yang masih ingin bertengkar dan bergaduh sesama sendiri?
bertekak dan tetap ingin menegakkan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri.

rakyat Malaysia yang semakin buta dengan kekuasaan!
rakyat Malaysia yang semakin taksub dengan kekuasaaan!
sedarlah bahawa negara Malaysia ini negara kita.
jangan disebabkan sesuatu yang bodoh yang adanya campur tangan pihak lain,
yang menawarkan pelbagai kedudukan dan harta.
kita jadi buta!