Thursday, 10 November 2011

Hitam Putih.

setiap kali aku melihat pakaian itu,aku tersenyum.
setiap kali aku memesan makanan itu,aku tersenyum.
setiap kali aku mendengar lagu itu,aku tersenyum.
dan setiap kali aku datang ke tempat itu,aku tersenyum.

satu senyuman yang hanya difahami oleh diri aku sendiri.
dan orang lain yang melihat senyuman itu akan berkata "Gila ke apa budak nie!"

setiap kali aku terkenangkan kau,ada kau terkenangkan aku!?
setiap kali aku cuba untuk berhubung dengan kau,ada kau cuba untuk berhubung dengan aku!?
setiap kali aku melihat kau dengan penuh kebahagiaan,ada kau melihat aku dengan penuh kebahagiaan!?
dan setiap kali aku terasa ingin peluk kau,ada kau terasa ingin peluk aku!?

satu perasaan yang telah merampas senyuman itu dari paras rupa aku.
dan mereka yang melihat berkata "Kesian budak nie..."

sia-sia aku menulis!
sia-sia aku terkenangkan kau!
sia-sia aku menyimpan memori bersama kau!
lebih baik aku menyepi dalam kelambu tidurku.








Wednesday, 9 November 2011

Persoalan.

mengapa kau lagi hebat daripada aku?
mengapa kau lagi bertuah daripada aku?
mengapa kau dapat segala yang kau mahukan sedangkan aku tak dapat?
mengapa hidup kau lebih indah daripada hidup aku?
mengapa dan mengapa!!

hidup yang dijalani penuh dengan persoalan.
persoalan yang patut kita terus fikirkan adalah "Mengapa kita tidak berfikiran positif dan syukur dengan apa yang kita ada?"

Allah itu maha adil.
segala yang dilakukanNya ada baik dan buruknya.
sebaiknya kita harus sentiasa muhasabah diri bila ditimpa bala atau masalah.
cari jalan penyelesaian dengan sebaiknya.
segala yang terjadi ada hikmahnya.

Pertama Kali.

tidak pernah dilakukan dalam hidup dan mencubanya untuk merasai sesuatu yang baru.
itulah dinamakan Pertama Kali.

jangan takut dan jangan ragu-ragu.
semua yang bakal dirasai ada baik dan buruknya.
:D