Thursday, 10 November 2011

Hitam Putih.

setiap kali aku melihat pakaian itu,aku tersenyum.
setiap kali aku memesan makanan itu,aku tersenyum.
setiap kali aku mendengar lagu itu,aku tersenyum.
dan setiap kali aku datang ke tempat itu,aku tersenyum.

satu senyuman yang hanya difahami oleh diri aku sendiri.
dan orang lain yang melihat senyuman itu akan berkata "Gila ke apa budak nie!"

setiap kali aku terkenangkan kau,ada kau terkenangkan aku!?
setiap kali aku cuba untuk berhubung dengan kau,ada kau cuba untuk berhubung dengan aku!?
setiap kali aku melihat kau dengan penuh kebahagiaan,ada kau melihat aku dengan penuh kebahagiaan!?
dan setiap kali aku terasa ingin peluk kau,ada kau terasa ingin peluk aku!?

satu perasaan yang telah merampas senyuman itu dari paras rupa aku.
dan mereka yang melihat berkata "Kesian budak nie..."

sia-sia aku menulis!
sia-sia aku terkenangkan kau!
sia-sia aku menyimpan memori bersama kau!
lebih baik aku menyepi dalam kelambu tidurku.








2 comments: