Saturday, 19 November 2011

Tersurat dan Tersirat.

kau berjalan-jalan keseorangan di pameran lukisan.
tidak menghiraukan segala yang terjadi di sekeliling kau.
kau dalam dunia kau sendiri.
dan tiba-tiba kau bertemu dengan dia.
dia memberi senyuman kepada kau dan kau membalas senyuman dia.
dari situ kau mula mengenali diri dia,saling bertukar nombor telefon dan sentiasa menghubungi antara satu sama lain.
berkongsi hobi yang sama,sentiasa bertukar idea tentang sesebuah lukisan dan sentiasa ke pameran lukisan bersama.
semakin hari kau semakin rapat dengan dia.
kau mula merasakan yang perhubungan yang kau jalin dengan dia itu bukanlah satu perhubungan kawan yang biasa.
kau mula meletakkan harapan dan menyangka dia juga akan merasakan perkara yang sama.
hari yang bersejarah,hari yang pasti kau ingat sampai bila-bila,hari seperti berlakunya pertumpahan darah 13 Mei telah tiba.
kau meluahkan segala yang terbuku dalam hati kau kepada dia.
dia hanya mampu tersenyum dan membalas,
"Kau memang kawan baik aku dunia akhirat!"

:")

No comments:

Post a Comment