Thursday 29 December 2011

Tetap Sama.

kenapa kau tetap sama?
kenapa kau tak berubah?

selepas semua yang terjadi.
tidak cukupkah penderitaan yang kau bagi pada dia?
segala pengorbanan yang telah dia lakukan untuk kau.
kau TETAP SAMA!

mungkin perpisahan dan putusnya hubungan kawan antara kau dan dia tidak cukup bagi kau.
tidak cukup untuk kau membuka mata dan hati untuk menerima dia kembali.

saban hari dia tetap bercakap tentang kau.
saban hari dia tetap terkenangkan kau.
saban hari dia semakin sayangkan kau.
tapi kau?

aku sebagai seorang kawan hanya mampu memberi simpati dan menyokong dia walaupun sokongan itu tidak memadai baginya.
aku tahu kerna aku mengenali dia.
dan kau patut lebih mengetahuinya kerna kau lebih mengenali dia!

kepada semua yang membaca,
hargailah sesuatu hubungan dan seseorang itu.
jangan pernah leka dan ingat!setiap orang ada perasaan.

janganlah kita jadi manusia yang berfikiran cetek.
mula menghargai seseorang selepas mereka tiada.
seperti penghargaan yang diberikan kepada arwah P.Ramlee dan Sudirman.

renungkan dan ambil iktibar.

No comments:

Post a Comment